Tuesday, July 6, 2010

Kaedah Menyusun Atur Pola

Apabila disebut saja baju kurung, tergambarlah pakaian yang labuh, besar dan menyelubungi seluruh badan. Walau bagaimanapun, baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita sama ada sebagai pakaian ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian. Ini bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan yang digunakan contohnya baju kurung yang diperbuat daripada fabrik poliester digunakan sebagi pakaian harian manakala fabrik yang ekslusif seperti fabrik sutera dan renda perancis sesuai dipakai ke majlis rasmi.

Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak-geri seorang gadis dan berpadanan pula dengan personaliti melayu sejati. Kini pelbagai pilihan baju kurung yang terdapat di pasaran, antaranya ialah baju kurung moden, baju kebaya, baju kurung Pahang dan sebagainya. Walaupun ia mempunyai ciri-ciri yang berbeza, teknik menyusun atur pola adalah sama bagi setiap pakaian ini, dan perlu dilakukan dengan teliti supaya dapat menghasilkan pakaian yang sempurna dan memenihi cita rasa pengguna.

Di samping itu kerja menyusun atur pola ini haruslah dirancang dengan baik supaya ia menjimatkan fabrik dan masa. Ini merupakan langkah-langkah yang dapat mewujudkan murid yang berkemahiran dalam bidang membuat pakaian serta peka kepada perkembangan fesyen. Di segmen akan datang saya akan mempamerkan video yang saya cipta untuk dijadikan panduan dan rujukan pembaca sekiranya anda ingin membuat sendiri baju kurung tradisional.

No comments:

Post a Comment