Tuesday, July 6, 2010

Langkah Mencantum Baju Kurung



Poster di sebelah atas merupakan langkah menjahit baju kurung tradisional. Amat mudah untuk membuatnya. menjelang hari raya yang akan tiba, bagi ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan bolehlah mencuba langkah disebelah. di segmen akan datang saya akan pamerkan cara-cara membuat gaun kanak-kanak perempuan pula.

Hari Ilmu


Program yang amat bagus untuk semua peringkat umur bagi semua warga Malaysia. Program yang sungguh bermanfaat, sambil membaca dapat merapatkan ikatan sebuah keluarga di samping menambah ilmu pengetahuan. Program utama yang dijalankan ialah membaca buku selama 1 jam dan akan dinilai serta dicatatkan di dalam Books Of Record.



Penanda buku yang diberi percuma kepada semua peserta
















Gambar-gambar sepanjang Hari Ilmu, jom baca ...










Antara maklumat yang diperolehi semasa program ini. Sekiranya hendak mengetahui dengan lebih lanjut lagi belilah majalah NONA edisi Julai 2010.

Peraturan Di Bengkel



PERATURAN KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

Apabila berada di bengkel, patuhi peraturan berikut untuk keselamatan diri, peralatan dan persekitaran bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

1. Elakkan memakai pakaian yang terlalu longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkutdan boleh menyebabkan kemalangan.

2. Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan.

3. Ikat rambut dengan kemas atau pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja.

4. Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik.

5. Jangan mengacukan alat jahitan yang tajam seperti gunting kepada rakan.

6. Jangan letakkan jarum di bibir semasa membuat kerja.

7. Bekerja dengan tenang dan sistematik.

8. Tutup tingkap dan kunci bengkel apabila kelas tamat.

Kaedah Menyusun Atur Pola

Apabila disebut saja baju kurung, tergambarlah pakaian yang labuh, besar dan menyelubungi seluruh badan. Walau bagaimanapun, baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita sama ada sebagai pakaian ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian. Ini bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan yang digunakan contohnya baju kurung yang diperbuat daripada fabrik poliester digunakan sebagi pakaian harian manakala fabrik yang ekslusif seperti fabrik sutera dan renda perancis sesuai dipakai ke majlis rasmi.

Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak-geri seorang gadis dan berpadanan pula dengan personaliti melayu sejati. Kini pelbagai pilihan baju kurung yang terdapat di pasaran, antaranya ialah baju kurung moden, baju kebaya, baju kurung Pahang dan sebagainya. Walaupun ia mempunyai ciri-ciri yang berbeza, teknik menyusun atur pola adalah sama bagi setiap pakaian ini, dan perlu dilakukan dengan teliti supaya dapat menghasilkan pakaian yang sempurna dan memenihi cita rasa pengguna.

Di samping itu kerja menyusun atur pola ini haruslah dirancang dengan baik supaya ia menjimatkan fabrik dan masa. Ini merupakan langkah-langkah yang dapat mewujudkan murid yang berkemahiran dalam bidang membuat pakaian serta peka kepada perkembangan fesyen. Di segmen akan datang saya akan mempamerkan video yang saya cipta untuk dijadikan panduan dan rujukan pembaca sekiranya anda ingin membuat sendiri baju kurung tradisional.

Video Jahitan